Alhamdulillah, pada 14 Ogos 2010, Rapid Excel dengan kerjasama Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar telah menjayakan Program Syoknya Ramadhan bersama Imam Muda Azhar. Program yang dijalankan dari jam 8.30 pagi sehingga 6.30 petang itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Di antara program-program yang dijalankan termasuklah Solat Cara Nabi, Ramadhan Cara Nabi, Kuiz Trivia, Tadarrus Surah Luqman dan pengajaran ayat dan lain-lain lagi.

Deskripsi foto: Imam Muda Azhar bersama fasilitator dan adik-adik tadarrus Surah Luqman.

Rata-rata peserta amat teruja dengan program yang dijalankan. Malah, peserta tidak merasa penat walaupun seharian berprogram dan tetap ceria sehingga ke akhir program walaupun berpuasa.

Deskripsi program: Peserta terbaik program, Akmal Izzat.

Para ibubapa juga berpuas hati dengan program yang dijalankan dan berharap program yang sedemikian rupa dapat dijalankan pada tahun hadapan.

Pihak Rapid Excel Consultancy mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Masjid Sultanah Bahiyah. Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan dan selamat membangun potensi ke tahap tertinggi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s