Pada 21 ogos 2010 yang lalu, Rapid Excel dengan kerjasama Masjid al-Muttaqin Bandar Darul Aman telah menjayakan program Syoknya Ramadhan. Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga selesai Solat Maghrib berjemaah. Di antara slot-slot yang diadakan termasuklah Ramadhan Cara Nabi, Solat Cara Nabi, Solat Dhuha, Tadarrus Surah Luqman, Mentor al-Fatihah dan lain-lain. Majlis berbuka puasa juga telah diadakan hasil sumbangan pihak masjid.

Walaupun program Syoknya Ramadhan daerah Kubang Pasu tidak dihadiri oleh Imam Muda Azhar, program ini tetap mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Para peserta amat aktif dan memberikan respon yang amat baik sepanjang program. Para ibubapa dan pihak pengurusan masjid juga amat berpuas hati dengan pendekatan yang digunakan oleh pihak Rapid Excel Consultancy dalam menjadikan Ramadhan sebagai satu bulan ibadah yang tidak membosankan dan menyulitkan kepada golongan kanak-kanak.

Di antara fasilitator-fasilitator yang begitu kreatif mengendalikan para peserta ialah Aiman Najmi [pelajar terbaik SPM Negeri Kedah tahun 2006 dan sekarang menuntut di Jordan dalam bidang Perubatan], Asyraf [pelajar jurusan Biokimia dari Trent University, Kanada] Izzatul [pelajar jurusan Biokimia dari Trent University, Kanada], Hidayah [graduan siswi UUM] dan Fairuz [graduan siswi UIAM].

Pihak Rapid Excel Consultancy mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli jawatankuasa Masjid al-Muttaqin, Bandar Darulaman, para fasilitator serta para ibubapa dan para peserta. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang lebih bermakna dari yang lalu.

Selamat membangun potensi ke tahap tertinggi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s