Pada 4 September 2010, Program Syoknya Ramadhan 2010 telah diadakan untuk daerah terakhir, iaitu Kulim.

Program bertempat di Masjid Jami’ul Makmur, Kulim. Program ini disertai oleh 59 orang peserta, jumlah teramai sepanjang program Syoknya Ramadhan.

Program ini juga disertai oleh fasilitator-fasilitator seperti Aiman Najmi [pelajar perubatan Universiti Jordan], Asyraf [pelajar Trent University, Kanada], Izzatul [pelajar Trent University, Kanada], Hidayah [graduan UUM] dan Hanah [graduan UIAM] selain Walid Nizam, Ummi Dyna dan Uncle Khai.

Di antara slot-slot yang dijalankan termasuklah Adab Dengan Masjid, Wudhu’ Cara Nabi, Solat Cara Nabi, Ramadhan Cara Nabi, Pengenalan kepada Solat Dhuha, Penerapan Tadarrus-Dari Surah Luqman, Mentor al-Fatihah dan lain-lain lagi.

Walaupun keletihan kerana berada diakhir Ramadhan, para peserta amat bersemangat meneruskan program. Para ibubapa juga amat berpuas hati dengan program ini dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan.

Pihak Rapid Excel Consultancy mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan, terutamanya pihak jawatankuasa masjid, Imam Muda Azhar, para ibubapa, peserta dan para fasilitator.

Selamat membangun potensi ketahap tertinggi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s