:: RASULULLAH HAMBA YANG BERSYUKUR ::

  • Teras kepada modul ini adalah penghayatan terhadap cara hidup NABI MUHAMMAD SALALLAHU ALAIHI WASSALAM sejak lahir hingga kewafatan baginda sebagai hamba Allah yang sentiasa melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan atas nikmat-nikmat yang dianugerahi-Nya. PESERTA DIDEDAHKAN TENTANG PERIBADI DAN AKHLAK BAGINDA TERHADAP ALLAH SWT. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita sebagai HAMBA ALLAH SWT yang mengaku sebagai UMAT NABI MUHAMMAD untuk mencontohi akhlak baginda dalam menjalani kehidupan seharian.



:: RASULULLAH ANAK YANG SOLEH ::

  • Modul ini menekankan tentang PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEORANG ANAK TERHADAP IBUBAPA BAGINDA. Peserta akan diterangkan tentang KEMULIAAN RASULULLAH SEBAGAI ANAK. Peserta akan dididik mengamalkan TINGKAH LAKU YANG DISUKAI DAN DIKEHENDAKI IBUBAPA iaitu peribadi mulia yang menjadi AMALAN RASULULLAH SAW.


:: RASULULLAH SEBAGAI SAHABAT ::

  • Modul ini menerangkan mengenai SIFAT KEPERIBADIAN RASULULLAH SAW SEBAGAI SAHABAT. Walaupun bergelar nabi, baginda meratakan pergaulan baginda kepada semua golongan, TANPA MENGIRA DARJAT DAN AGAMA.
  • Peserta akan didedahkan mengenai amalan-amalan baginda dalam pergaulan dan persahabatan untuk dijadikan sebagai PANDUAN.



:: RASULULLAH AL-QURAN BERGERAK ::

  • Dalam modul ini, peserta didedahkan mengenai FAKTOR WATAK KEPERIBADIAN yang dimiliki oleh pemimpin kita iaitu Nabi Muhammad SAW sebagai daya tarik baginya terhadap umat manusia.
  • Demikianlah Rasulullah SAW telah diberi oleh Allah kurnia yang besar berupa sifat-sifat utama yang sentiasa memancar dari PERIBADI BELIAU YANG SUCI DAN MULIA.
  • Antara sifat yang ditekankan dalam modul ini adalah dari segala bentuk akhlak yang agung dan adab susila yang bersumberkan AJARAN AGAMA, ILMU PENGETAHUAN, KASIH-SAYANG, KESABARAN, BERSYUKUR, KEADILAN, ZUHUD, RENDAH HATI, PEMAAF, PEMURAH, BERANI, PEMALU, PEMURAH, HORMAT-MENGHORMATI DAN LAIN-LAIN.



:: RASULULLAH PEMIMPIN BERKARISMA ::

  • YA TUHAN!! SIAPAKAH GERANGAN YANG TIDAK AKAN BANGGA MENJADI PENGIKUT NABI TELADAN YANG BERJIWA BESAR ITU?!!
  • Dalam modul ini, aspek yang kami tekankan adalah mengenai SIFAT KEPIMPINAN amalan Rasulullah SAW sebagai seorang pemimpin yang adil dan saksama.
  • BUKAN SEKADAR PEMIMPIN DI DUNIA, TETAPI JUGA PEMIMPIN JALAN KE SYURGA KELAK.
  • Selain dari sebagai nabi dan Rasul Allah yang bertugas menyampaikan risalah-Nya kepada umat manusia, baginda juga seorang MUJAHID, PEJUANG AGUNG, SEORANG PEMIMPIN ISLAM YANG TERUS-MENERUS MEMPERJUANGKAN DAN MEMBELA AGAMA ALLAH ITU SAMPAI DETIK-DETIK TERAKHIR HAYATNYA.



:: PEPERANGAN DI ZAMAN RASULULLAH ::

  • Dalam modul ini, peserta didedahkan tentang peperangan yang terjadi pada zaman Rasulullah SAW serta iktibar dari setiap peperangan tersebut, misalnya peperangan khandaq (Al-Ahzab).
  • Peristiwa-peristiwa ini menggambarkan banyak perkara. Antaranya, KETEGASAN, KEBERANIAN DAN KECANGGIHAN STRATEGI NABI MUHAMMAD SAW YANG MEMBAWA KEPADA KEMENANGAN.
  • Peperangan lain yang akan dibincangkan dalam modul ini adalah BADAR, UHUD, JAMAL DAN TABUK.
  • Berbalik kepada pesanan Rasulullah SAW , baginda mengingatkan umatnya mengenai sikap umat islam dalam menghadapi cabaran keadaan dari segi pergaulan, situasi semasa dan lain-lain keadaan. Oleh sebab itu, peperangan pada zaman Rasulullah menjadi satu GARIS PANDUAN YANG MAMPU DIJADIKAN SEBAGAI KAYU PENGUKUR OLEH UMAT ISLAM.



    :: UMMATI, UMMATI, UMMATI ::

  • Modul ini menerangkan mengenai detik kewafatan nabi yang mana, sehingga ke AKHIR HAYAT BAGINDA, RASULULLAH MASIH LAGI MENGAMBIL BERAT TENTANG UMAT-UMATNYA.
  • Di hari-hari terakhir kehidupan Rasulullah amat mengesankan dan mengharukan bagi umatnya. KECINTAANYA KEPADA UMATNYA YANG SENTIASA DIINGATINYA SAMPAI KEPADA DENYUT JANTUNGNYA YANG TERAKHIR, dari dialognya dengan MALAIKAT MAUT (IZRAIL) yang datang bertugas mencabut dan menjemput rohnya yang mulia, adalah memberi kesan tersendiri yang mengharukan bagi umat beliau.
  • Pesanan baginda yang disampaikan kepada para sahabatnya yang terdekat adalah amat penting untuk kita hayati dan amalkan bersama dalam segala lapangan kehidupan kita.



:: SOLAT CARA NABI ::

  • Aspek yang ditekankan dalam modul ini adalah CARA MENUNAIKAN SOLAT SEPERTI YANG TELAH DITERANGKAN NABI SAW MELALUI HADITH-HADITH BAGINDA.
  • Peserta turut diterangkan tentang KEKUASAAN ALLAH MELALUI PENSYARIATAN AZAN DAN HURAIAN TENTANG KEISTIMEWAAN SURAH AL-FATIHAH BERSERTA ISI KANDUNGAN SEHINGGA IA DIJADIKAN SALAH SATU RUKUN SOLAT.
  • Peserta juga akan DILATIH untuk mencapai KHUSYUK ATAU FOKUS DALAM SOLAT melalui teknik-teknik tertentu. Seterusnya peserta akan diterangkan tentang hubungkait KECEMERLANGAN DENGAN ORANG YANG MENUNAIKAN SOLAT.




    :: SOLAT KETIKA SAKIT ::

  • Aspek yang ditekankan dalam modul ini adalah CARA MENUNAIKAN SOLAT TERUTAMANYA SOLAT KETIKA SAKIT.
  • Ini sesuai dengan hukum Allah bahawa SOLAT ITU WAJIB ditunaikan walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Namun, dengan rukhsah (keringanan-keringanan) yang diizinkan Allah s.w.t
  • Dalam modul ini, peserta akan diterangkan mengenai MAKSUD SOLAT KETIKA SAKIT, KAIFIAT SOLAT KETIKA SAKIT, HIKMAH RUKHSOH KETIKA SAKIT, SEBAB DIWAJIBKAN SOLAT WALAUPUN KETIKA SAKIT, PERBEZAAN RUKHSAH KETIKA SAKIT DAN MUSAFIR dan lain-lain.


About :: hidayah ::

~~hamba yang berusaha mencari keredhaanNYA~~

One response »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s