Lokasi Kem Rasulullah Idolaku 2010 telah ditetapkan di Kem Dusun Minda Resort, Kuala Nerang, Kedah.

Faktor pemilihan Kem Dusun Minda Resort adalah :

  • Kemudahan penginapan yang amat selesa. Ada 8 dormitori ber ‘air- cond’ yang mampu menempatkan 160 pelajar dalam satu- satu masa
  • Prasarana yang amat memuaskan..
  • Tiada masalah tekanan air
  • Dewan latihan yang banyak dan berdekatan dengan tempat latihan
  • Kemudahan latihan di kem ini juga pelbagai. Tidak keterlaluan jika kami katakan ini adalah kem yang mempunyai paling banyak elemen latihan di utara Semenanjung Malaysia. Akitiviti yang sering kami pilih untuk peserta jalani seperti ENDURANCE, OBSTACLE & FLYING FOX
  • Makanan yang disediakan di kem ini juga sedap-sedap belaka. Tukang masak kem juga bijak menyesuaikan menu. Contohnya, pada tahun lepas peserta kem kami terdiri dari pelajar berusia 8 tahun hingga 17 tahun. Namun hidangan yang disediakan sesuai untuk semua. Sampaikan sepupu salah seorang jurulatih kami yang dikatakan ‘susah teramat nak makan’ kat rumah, mintak nasi tambah! =)
  • Kem ini juga amat luas. Jadi tidak ada masalah jika ada penganjur-penganjur program lain ketika kem ini dianjurkan. Tak perasan pun ada group lain tengah training masa kita tengah berprogram.
  • Dari segi kawalan keselamatan, kawasan ini berpagar kecuali di kawasan hutan. Dan sentiasa ada pengawal yang meronda untuk memastikan keselamatan penghuni-penghuni kem. Tambahan pula kem ini juga adalah tempat berlangsungnya Program Latihan Khidmat Negara. Tapi kawasan kem PLKN agak jauh dari kawasan latihan awam.
  • Kem ini juga sering menjadi pilihan pelanggan-pelanggan korporat. Misalnya, Pos Malaysia Berhad


About :: hidayah ::

~~hamba yang berusaha mencari keredhaanNYA~~

One response »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s