:: AKU & DIRI ::

  • Peserta diajak MENGANALISA SIKAP NEGATIF DALAM DIRI yang menyebabkan potensi diri tersekat serta CARA MENGATASI HALANGAN SIKAP.
  • Mereka turut dibimbing cara membina MATLAMAT yang besar, realistik dan spesifik serta cara mencapai matlamat.
  • Modul ini juga menerangkan mengenai PERSEDIAAN SEBELUM & SEMASA BELAJAR, TEKNIK FOKUS SEMASA BELAJAR SERTA TEKNIK ULANG DAN KAJI YANG EFEKTIF SELEPAS KELAS.

:: GAYA BELAJAR ::

  • Dalam modul ini peserta akan diterangkan tentang POTENSI AKAL yang dikurniakan Allah serta kebolehan-kebolehannya.
  • Latihan-latihan dalam modul ini membuatkan peserta SEDAR KEUPAYAAN atau potensi akal yang masih belum digunakan.
  • Satu inventori gaya belajar akan dilaksanakan bagi memberi pemahaman kepada peserta GAYA BELAJAR YANG PALING SESUAI DENGAN DIRI MEREKA samada VISUAL, AUDITORI ATAU KINESTATIK.

:: NOTA EFEKTIF ::

  • Dalam modul ini, peserta diterangkan mengenai CARA MENGAMBIL, MENCATAT DAN MEMBINA NOTA . Nota yang efektif adalah nota yang RINGKAS, PADAT, MENARIK DAN MUDAH DIFAHAMI.
  • Peserta dilatih membuat nota menggunakan CARTA ALIR, CARTA PERBANDINGAN, GAMBARAJAH DAN JADUAL PENGKELASAN.
  • Sebelum membuat nota ringkas, “brainstorming” nota yang dibaca dari buku teks perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memudahkan output diperolehi serta nota yang dibina mengandungi ISI-ISI PENTING YANG DIKEHENDAKI.

:: MIND MAP ::

  • Modul ini menerangkan tentang satu teknik penulisan nota yang efektif yang dapat membantu peserta MEMAHAMI DENGAN LEBIH JELAS SESUATU NOTA YANG DILAKUKAN.
  • Peserta dilatih untuk MEMPRAKTIK, MEMBINA, MEMBACA DAN MERASIONALKAN MIND MAP ( gaya TONY BUZAN ) yang mereka bina sebagai satu CARA PEMBELAJARAN YANG PALING EFEKTIF DI DUNIA.

:: TEKNIK MENGINGAT ::

  • Aspek yang ditekankan dalam modul ini adalah berkaitan KEBOLEHAN yang terdapat dalam diri peserta yang boleh digunakan secara kreatif untuk MEMUDAHKAN PESERTA MENGINGATI NOTA SUBJEK-SUBJEK TERTENTU.
  • Peserta akan dilatih menggunakan TEKNIK VISUALISASI, NEUMONIK, AKRONIM, HUBUNGAN CERITA, FORMULA, FLASH-CARD, CHUNKING DAN BUNYI SEAKAN bagi memudahkan memori nota-nota akademik.

:: JADUAL STUDY EFEKTIF ::

  • Dalam modul ini, peserta dilatih untuk MEMBINA jadual waktu yang berkesan berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan semasa.
  • Ini bertujuan MEMPERBAIKI KELEMAHAN subjek-subjek yang gagal dikuasai oleh peserta sekaligus MENGEKALKAN KECEMERLANGAN yang telah berjaya mereka capai.
  • Peserta dibimbing tentang cara untuk MENGANALISA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN terkini bagi tujuan membina jadual ulangkaji yang efektif.
  • Seterusnya, peserta akan dilatih untuk membina jadual berkaitan GAYA PENGURUSAN MASA DAN GAYA PENGURUSAN SUBJEK agar jadual belajar yang mereka bina menjadi sebuah jadual study efektif.



About :: hidayah ::

~~hamba yang berusaha mencari keredhaanNYA~~

One response »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s