Alhamdulillah…dengan kekuatan, semangat dan ilham yang Allah kurniakan, Kem Rasulullah Idolaku berjalan dalam suasana penuh mawaddah dan rahmah. Sukar digambarkan kejayaan kem ini kali ini. Bukan tujuan kami mendabik dada. Tetapi kami sendiri merasai hadirnya rahmat Allah dalam program kali ini.

Program ini telah disertai oleh 50 orang peserta. Peserta sekolah menengah yang kami sebut sebagai ‘Khalifah Muda’ dan peserta sekolah rendah yang kami sebut sebagai ‘Khalifah Kecil’. Memang agak sukar menyatukan dua kelompok ini dalam satu program, apatah lagi selama 4 hari 3 malam khasnya bagi memastikan kedua-duanya mendapat pengisian yang dirancang serta outcome yang diharapkan. Berbeza dalam program ini. Khalifah-Khalifah Muda amat bertanggungjawab terhadap adik-adik mereka, Khalifah-Khalifah Kecil – walau senakal mana pun Khalifah Kecil tu! Kami mencuba sedaya-upaya untuk memahamkan mereka bahawa menyayangi kanak-kanak itu adalah suatu Sunnah. Bahkan, ada Khalifah Muda yang sanggup mendokong adiknya, Khalifah Kecil yang tertidur dalam dewan kerana keletihan.

Empat hari tiga malam yang dilalui sarat dengan pengkisahan Sirah Nabi dengan pelbagai bentuk penyampaian yang sesuai dengan tahap kefahaman peserta. Rasulullah sebagai hamba, Rasulullah sebagai anak, Rasulullah sebagai sahabat, Rasulullah sebagai pemimpin, Rasulullah Al-Qur’an bergerak, peperangan di zaman Rasulullah dan Ummati, Ummati, Ummati.

Di samping itu, pelbagai sunnah cuba diterapkan. Para peserta dan kru latihan makan secara berjemaah, makanan dihidangkan di dalam dulang. Sebelum solat, empat orang Khalifah Muda yang ditugaskan akan memakaikan wangian kepada semua khalifah yang lain. Para khalifah juga diberi peluang untuk menjadi muazzin setiap kali solat. Setiap hari, para khalifah akan solat Dhuha secara sendiri selain solat sunat nawafil yang lain. Qiyamullail tidak diwajibkan kecuali pagi yang terakhir, tetapi ada khalifah yang turun untuk berqiyamullail walaupun tidak diwajibkan kepada para peserta.

Pada majlis penutup rasmi kem ini, pelbagai anugerah telah disampaikan :

::Khalifah Penyayang (Perempuan) ::

Khalifah Kecil Hanisah

 

:: Khalifah Penyayang Lelaki ::

Khalifah Muda Haikal Harith

 

:: Khalifah Muda Terbaik (Lelaki) ::

Khalifah Muda Afifuddin

 

:: Khalifah Perempuan Terbaik ::

Khalifah Kecil Damia

 

:: Khalifah Kecil Terbaik ::

Khalifah Kecil Haziq

 

:: Khalifah Harapan ::

Khalifah Muda Luqman Nulhakim

 

InsyaALLAH…kita bertemu lagi dalam Kem Rasulullah Idolaku Edisi 2011
nanti !

2 responses »

  1. shieda says:

    As Salam,
    Saya beminat untuk menghantar anak lelaki saya yang berumur 8tahun untuk menghadiri kem seperti di atas. Sila maklumkan sekiranya ada anjuran akan datang.

    • Dyna Ahmad says:

      Waalaikumussalam wrt wbt,

      Puan Shieda,

      Terima kasih atas maklumbalas puan.

      Kem Rasulullah Idolaku bagi edisi 2011 akan diadakan dalam dua sesi iaitu Jun & Disember.
      Kami akan emailkan kepada puan sebaik sahaja pendaftaran dibuka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s