::ELEMEN KEJAYAAN::

  • Dalam modul ini peserta akan dibimbing untuk MEMAHAMI ELEMEN KEJAYAAN yang paling utama iaitu ILMU,KEMAHIRAN DAN SIKAP.
  • Sebahagian BESAR KEJAYAAN kita ditentukan oleh sikap yang kita pamerkan dalam perjalanan MEMBURU KEJAYAAN.
  • Peserta akan di ajak MENGHAYATI NILAI ini melalui simulasi membina roket menggunakan kertas.

:: GAYA BELAJAR ::

  • Dalam modul ini peserta akan diterangkan tentang POTENSI AKAL yang dikurniakan Allah serta kebolehan-kebolehannya.
  • Latihan-latihan dalam modul ini membuatkan peserta SEDAR KEUPAYAAN atau potensi akal yang masih belum digunakan.
  • Satu inventori gaya belajar akan dilaksanakan bagi memberi pemahaman kepada peserta GAYA BELAJAR YANG PALING SESUAI DENGAN DIRI MEREKA samada VISUAL, AUDITORI atau KINESTETIK.

:: NOTA EFEKTIF ::

  • Dalam modul ini, peserta diterangkan mengenai CARA MENGAMBIL, MENCATAT dan MEMBINA NOTA . Nota yang efektif adalah nota yang RINGKAS, PADAT, MENARIK DAN MUDAH DIFAHAMI
  • Peserta dilatih membuat nota menggunakan CARTA ALIR, CARTA PERBANDINGAN, GAMBARAJAH dan JADUAL PENGKELASAN.
  • Sebelum membuat nota ringkas, “brainstorming” nota yang dibaca dari buku teks perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memudahkan output diperolehi serta nota yang dibina mengandungi ISI-ISI PENTING YANG DIKEHENDAKI.

:: MIND MAP ::

  • Modul ini menerangkan tentang satu teknik penulisan nota yang efektif yang dapat membantu peserta MEMAHAMI DENGAN LEBIH JELAS SESUATU NOTA YANG DILAKUKAN.
  • Peserta dilatih untuk MEMPRAKTIK, MEMBINA, MEMBACA dan MERASIONALKAN MIND MAP yang mereka bina sebagai satu CARA PEMBELAJARAN YANG PALING EFEKTIF

:: TEKNIK MENGINGAT ::

  • Aspek yang ditekankan dalam modul ini adalah berkaitan KEBOLEHAN yang terdapat dalam diri peserta yang boleh digunakan secara kreatif untuk MEMUDAHKAN PESERTA MENGINGATI NOTA SUBJEK-SUBJEK TERTENTU.
  • Peserta akan dilatih menggunakan TEKNIK VISUALISASI, MNEUMONIK, AKRONIM, HUBUNGAN, MENGINGAT FORMULA, FLASH CARD, CHUNKING dan BUNYI SEAKAN bagi memudahkan hafalan

:: JADUAL STUDY EFEKTIF ::

  • Dalam modul ini, peserta dilatih untuk MEMBINA jadual waktu yang berkesan berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan semasa.
  • Ini bertujuan MEMPERBAIKI KELEMAHAN subjek-subjek yang gagal dikuasai oleh peserta sekaligus MENGEKALKAN KECEMERLANGAN yang telah berjaya mereka capai.
  • Peserta dibimbing tentang cara untuk MENGANALISA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN terkini bagi tujuan membina jadual ulangkaji yang efektif.
  • Seterusnya, peserta akan dilatih untuk membina jadual berkaitan GAYA PENGURUSAN MASA dan GAYA PENGURUSAN SUBJEK agar jadual belajar yang mereka bina menjadi sebuah jadual study efektif.

One response »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s