Laman Web : http://www.rexcel.com.my

Blog program : http://rapid.rexcel.com.my/blog

Rapid Excel Consultancy telah ditubuhkan sebagai kepentingan kedua Rebutia Excellent Consultancy pada Januari 2010 oleh sepasukan jurulatih berpengalaman dalam pelbagai program-program pembangunan belia dan pelajar.

Tujuan Rapid Exel ditubuhkan adalah bagi memfokuskan pengendalian program-program pembangunan serta pembangunan modul pelajar dan belia. Rapid Excel juga menjadi arena latihan bagi jurulatih-jurulatih baru mengembangkan bakat kejurulatihan dengan seliaan para jurulatih senior di Rebutia Excellent Consultancy.

Di sini juga sebuah pasukan pembangunan modul sentiasa mengemaskini modul-modul yang digunakan agar modul-modul yang kami persembahkan sentiasa up-to-date dan mampu memenuhi kehendak pelanggan serta keperluan sasaran. Pasukan ini juga sentiasa dekat dengan isu-isu terkini belia dan pelajar dan cuba menyediakan solusi terbaik bagi setiap isu yang dibangkitkan.

Kami bertekad untuk melatih pelajar dan belia agar mempunyai nilai-nilai murni terhadap Tuhan, Ibu Bapa, Guru, Rakan dan masyarakat sekeliling. Kami ingin melahirkan seramai mungkin pelajar dan belia yang bijak, soleh serta mempunyai integriti diri yang tinggi.

::Visi RAPID EXCEL::

RAPID EXCEL CONSULTANCY berhasrat untuk menjadi pakar  perunding latihan dan pengurus acara pembangunan insan bumiputera yang disegani. Kami ingin diiktiraf sebagai sebuah entiti yang penting dalam membantu individu dan organisasi mencapai matlamat mereka.

:: Misi RAPID EXCEL ::

RAPID EXCEL CONSULTANCY bertekad merangka dan menganjurkan program-program yang bermutu tinggi yang mampu menyerlahkan kecemerlangan akademik, kepimpinan dan motivasi diri serta membentuk organisasi yang dinamik. Kami amat berpegang teguh ke atas komitmen untuk menjadi terbaik dalam apa jua yang dilakukan dan memenuhi janji kami terhadap kualiti dalam produk dan perkhidmatan latihan serta pengurusan acara kami. Melalui wadah ini juga, kami ingin mengembangkan Islam dalam modul-modul pembangunan kami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s