Rosmanizam Rosdi

Memulakan ekspedisi menuntut ilmu di Maktab Mahmud Alor Setar. Kemudian beliau menyambung pengajian di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dalam bidang Dakwah dan Pembangunan Insan. Dengan minat yang mendalam, beliau telah aktif dalam bidang latihan sejak di universiti lagi. Sepanjang di universiti, beliau banyak terlibat dengan kursus-kursus dakwah yang dianjurkan oleh PERKIM mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain. Beliau pada ketika itu juga merupakan antara motivator tetap bagi Institut Qur’an Kuala Lumpur.Selepas tamat pengajian di Universiti Malaya, beliau memulakan kerjaya di Jabatan Zakat Negeri Kedah sebagai Pegawai Agihan dan Pembangunan Asnaf. Di samping itu, beliau sering dijemput sebagai penceramah keibubapaan dan juga penceramah motivasi kepada perunding–perunding syarikat Takaful Nasional Sdn. Bhd (kini dikenali sebagai Etiqa Takaful Berhad)

Pada tahun 2008, beliau telah ditawarkan sebagai jurulatih eksekutif di sebuah syarikat latihan di utara tanahair. Sepanjang berkhidmat di situ, beliau banyak mengendalikan kursus motivasi kakitangan dan pemantapan organisasi.

Kini, beliau merupakan Pengarah Urusan Rebutia Excellent Consultancy. Antara kursus yang pernah dikendalikan beliau ialah kepada kakitangan Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, MARA Negeri Perlis, Majlis Perbandaran Kulim, PKNK, Permodalan Kedah Berhad, Pejabat SUK Perlis, Jabatan Zakat Kedah dan pelbagai jabatan dan agensi di sebelah utara dan tengah serta kursus-kursus kakitangan anjuran INSPIN.

Bidang pengkhususan beliau ialah pembangunan jatidiri dan jiwa manusia, semangat berpasukan dan kepimpinan organisasi secara Islam.

 

 

Raihan Rosdina Ahmad

Beliau merupakan Pengarah dan Jurulatih Eksekutif Rebutia Excellent Consultancy dan Rapid Excel Consultancy. Berkelulusan Sarjana Muda Dakwah dan Pembangunan Insan dari Universiti Malaya, beliau terlibat secara aktif dalam aktiviti dan program pembangunan insan sejak di universiti lagi.

Ketika bergelar mahasiswi, beliau banyak didedahkan dengan pelbagai jenis program dakwah termasuklah program pembangunan akademik & sahsiah pelajar, khemah ibadah serta aktiviti dakwah untuk Orang Asli dan saudara baru. Pada tahap ini beliau telah diberi kepercayaan untuk membina modul-modul bagi program-program pembangunan pelajar.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya, beliau mula terlibat secara aktif sebagai jurulatih dan kru latihan beberapa buah syarikat swasta yang memberi khidmat latihan program pembangunan organisasi dan pelajar. Beliau juga turut terlibat bersama pasukan kejurulatihan syarikat dalam pembangunan modul latihan kursus kakitangan dan pelajar.

Fokus beliau dalam bidang ini adalah pembangunan Islamisasi modul-modul latihan, motivasi jatidiri, kemahiran, semangat pasukan, pembangunan potensi, kepimpinan dan pengurusan organisasi.

 

 

Khairil Najmi Isa

Berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari UUM, beliau telah mengambil keputusan untuk memulakan kerjaya beliau di Rebutia Excellent Consultancy sebagai jurulatih kegiatan luar dan rekreasi.

Memperolehi pensijilan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, beliau telah berpengalaman mengendalikan aktiviti luar dan rekreasi bagi kursus-kursus kakitangan dan organisasi seperti Pejabat SUK Perlis, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Jabatan Zakat Negeri Kedah dan Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s